Thursday 16 December 2021

Konsep 5R


 Apakah itu 5R?
5R adalah singkatan kepada ‘rethink’ (fikir semula), ‘repair’ (baik pulih), ‘reuse’ (guna semula), ‘recycle’ (kitar semula) dan ‘reduce’ (kurangkan).

‘Rethink’ ataupun fikir semula sebelum buang. Adalah penting bagi setiap individu untuk mengenal pasti bahan-bahan yang bakal dibuang itu mampu untuk dimanfaatkan untuk tujuan lain ataupun tidak. Sama ada ianya dapat dikitar semula, diperbaiki atau digunakan semula. Dengan adanya seidkit kesedaran iaitu fikir dulu sebelum buang ianya sedikit sebanyak dapat membantu untuk mengurangkan sampah yang bakal dibawa ke pusat pelupusan sampah. Munculnya bertimbun-timbun sampah dalam kehidupan adalah disebabkan oleh tindakan dan aktiviti manusia itu sendiri. Selain itu ‘rethink’ atau fikir semula bukan hanya terhad kepada fikir dulu sebelum buang sahaja, malah kita sebagai pengguna hendaklah bertindak untuk mengetahui dan mengambil kira bungkusan produk yang kita beli itu sama ada boleh dikitar                                                                                    semula, 
 digunakan semula, dibaik pulih jika mengalami kerosakan.



"Reduce' bermaksud mengurangkan penggunaan pelbagai sumber terutamanya sumber asli seperti kayu, petroleum dan sabagainya.

Sebagai Contohnya,  Berkongsi kenderaan  untuk mengurangkan pelepasan gas beracun yang dikeluarkan oleh kenderaan bermotor dan juga mengurangkan penggunaa petrol.


"Repair' memeriksadengan teliti untuk tujuan membaiki atau memulihkan keadaan sesuatu supaya barangan tersebut dapat dilupuskan secara berkesan. Penggunaan barangan atau alatan secara cermat dan efektif juga dapat membantu mengurangkan pembuangan sisa pepejal ke persekitaran sekaligus dapat mengurangkan penggunaan sumber asli yang kian berkurang disebabkan oleh aktiviti manusia yang tidak terancang.




'Reuse' bererti menggunakan semula barangan atau alatan yang terbuang untuk dimanfaatkan menjadi barangan lain yang berguna.

Contohnya, Menjadikan tayar kenderaan yang rosak kepada pasu bunga/ Menjadikan botol plastik yang telah digunakan kepada barang hiasan.




"Recycle' bermaksud memproses barangan lusuh atau bahan buangan menjadi produk baru.

Sebagai Contohnya surat khabar lama.



No comments:

Post a Comment

Konsep 5R

  Apakah itu 5R? 5R adalah singkatan kepada ‘rethink’ (fikir semula), ‘repair’ (baik pulih), ‘reuse’ (guna semula), ‘recycle’ (kitar semula)...