Thursday 16 December 2021

Konsep 5R


 Apakah itu 5R?
5R adalah singkatan kepada ‘rethink’ (fikir semula), ‘repair’ (baik pulih), ‘reuse’ (guna semula), ‘recycle’ (kitar semula) dan ‘reduce’ (kurangkan).

‘Rethink’ ataupun fikir semula sebelum buang. Adalah penting bagi setiap individu untuk mengenal pasti bahan-bahan yang bakal dibuang itu mampu untuk dimanfaatkan untuk tujuan lain ataupun tidak. Sama ada ianya dapat dikitar semula, diperbaiki atau digunakan semula. Dengan adanya seidkit kesedaran iaitu fikir dulu sebelum buang ianya sedikit sebanyak dapat membantu untuk mengurangkan sampah yang bakal dibawa ke pusat pelupusan sampah. Munculnya bertimbun-timbun sampah dalam kehidupan adalah disebabkan oleh tindakan dan aktiviti manusia itu sendiri. Selain itu ‘rethink’ atau fikir semula bukan hanya terhad kepada fikir dulu sebelum buang sahaja, malah kita sebagai pengguna hendaklah bertindak untuk mengetahui dan mengambil kira bungkusan produk yang kita beli itu sama ada boleh dikitar                                                                                    semula, 
 digunakan semula, dibaik pulih jika mengalami kerosakan.



"Reduce' bermaksud mengurangkan penggunaan pelbagai sumber terutamanya sumber asli seperti kayu, petroleum dan sabagainya.

Sebagai Contohnya,  Berkongsi kenderaan  untuk mengurangkan pelepasan gas beracun yang dikeluarkan oleh kenderaan bermotor dan juga mengurangkan penggunaa petrol.


"Repair' memeriksadengan teliti untuk tujuan membaiki atau memulihkan keadaan sesuatu supaya barangan tersebut dapat dilupuskan secara berkesan. Penggunaan barangan atau alatan secara cermat dan efektif juga dapat membantu mengurangkan pembuangan sisa pepejal ke persekitaran sekaligus dapat mengurangkan penggunaan sumber asli yang kian berkurang disebabkan oleh aktiviti manusia yang tidak terancang.




'Reuse' bererti menggunakan semula barangan atau alatan yang terbuang untuk dimanfaatkan menjadi barangan lain yang berguna.

Contohnya, Menjadikan tayar kenderaan yang rosak kepada pasu bunga/ Menjadikan botol plastik yang telah digunakan kepada barang hiasan.




"Recycle' bermaksud memproses barangan lusuh atau bahan buangan menjadi produk baru.

Sebagai Contohnya surat khabar lama.



Tuesday 19 September 2017

Kemahiran Generik

Kemahiran generik merupakan satu kemahiran yang penting dan wajib diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kemahiran generik juga dikenali sebagai kemahiran insaniah, modal insane, soft skills dan pelbagai istilah lain mengikut negara.

DEFINISI KEMAHIRAN GENERIK
Kemahiran generik adalah kemahiran umum, kualiti,  kebolehan dan trait yang harus dikuasai oleh seseorang untuk berjaya dalam pelajaran dan kerjaya mereka. 



DEFINISI & KONSEP KOMUNIKASI

Guffey dan Almonte mentakrifkan maksud komunikasi adalah pemindahan maklumat dan makna daripada satu pihak (pengantar) kepada pihak yang lain (penerima). Menurut sarjana ini, dalam sesuatu proses komunikasi akan melibatkan lima langkah,iaitu:
.            Pengirim membentuk idea
.            Pengirim mengekodkan idea tersebut dalam satu mesej
.            Mesej akan melalui saluran komunikasi
.           Penerima mendekodkan mesej tersebut
.            Maklum balas dihantar kepada pengirim


APA ITU KOMUNIKASI?


Guffey dan Almonte (2010) yang mengatakan bahawa komunikasi adalah pemindahan maklumat dan makna daripada satu pihak (penghantar) kepada pihak yang lain (penerima).   






KEMAHIRAN KOMUNIKASI
  • Kemahiran untuk berhubung dengan orang lain.
  • Aspek ini melibatkan penggunaan beberapa kemahiran seperti pendengaran yang aktif dan kawalan nada suara.
  • Kemahiran ini dapat dilihat pada diri seseorang dalam sifat kepimpinannya dan bagaimana beliau membahagi-bahagikan tanggungjawab kepada orang bawahannya.
  • Penguasaan terhadap kemahiran ini dapat menggambarkan sebaik mana seseorang itu berkomunikasi dengan seseorang.
  • Penguasaan yang baik akan kemahiran ini dapat membantu memajukan kerjaya seseorang.
  • Kemahiran ini dilihat dalam beberapa aspek kemahiran seperti:
.            Kemahiran bukan lisan
.            Kemahiran menyampaikan idea
               .            Kemahiran berinteraksi





MODEL-MODEL KOMUNIKASI
Model komunikasi dibentuk mengikut sesuatu bidang komunikasi dan berfungsi untuk menerangkan proses komunikasi berkaitan bidang tertentu.

Tiga kategori utama bagi model komunikasi iaitu:

Model Komunikasi Linear:
  • Proses komunikasi adalah satu hala iaitu pengirim akan menghantar mesej kepada penerima.
  • Penerima mesej hanya menerima mesej tanpa memberi maklum balas. Bising atau gangguan merupakan penyebab salah faham mesej antara pengirim dan penerima

Model Komunikasi Interaksional:
  • Proses komunikasi dua hala antara peserta komunikasi.
  • Pengirim dan penerima kedua-duanya menjalankan fungsi yang sama iaitu mengenkod, menterjemah dan mendekod mesej yang diterima.
  • Elemen penting bagi model ini ialah maklum balas.
  • Mereka saling bertindak balas dalam bentuk verbal, bukan verbal atau kedua-dua sekali.
  • Mereka juga akan mengambil giliran menghantar mesej. Pengirim tidak boleh menjadi penerima sekaligus ketika berinteraksi.


Model Komunikasi Transaksional: 
  • Komunikasi ini memberi penekanan kepada pengiriman dan penerimaan mesej yang berlangsung secara berterusan dalam satu episod komunikasi.

  • Semasa komunikasi,kedua-dua boleh menghantar mesej, menerima mesej atau membuat kedua-dua secara serentak. 
  • Medan pengalaman sepanjang masa serta mempengaruhi cara interaksi antara satu sama lain.








Bentuk2 
Komunikasi




 PENGGUNAAN  LARAS BAHASA





HALANGAN2 DALAM KOMUNIKASI
Persekitaran
Sikap pendengar
Sikap penerima
Bahasa
Maklumat Kurang Tepat dan Jelas
Halangan organisasi
ASPEK KEBERKESANAN KOMUNIKASI


Kepentingan Kemahiran Komunikasi
Menguasai kemahiran komunikasi akan menjadikan seseorang itu lebih mudah mendapat kawan dan diterima dalam sesuatu masyarakat. Tentu ada alasannya mengapa kita perlu memahami dan menguasai tentang kepentingan hubungan insan. Aggaplah hubungan yang baik dengan orang lain sebagai satu perkara penting dalam kehidupan kita.Walau bagaimanapun, untuk menjalin hubungan baik dengan orang lain, kita perlu memiliki kemahiran komunikasi yang cukup berkesan. Selain daripada itu, kita juga perlu memahami beberapa prinsip asas psikologi yang dapat memberikan panduan bagi menjalin hubungan yang baik dengan orang lain.

Kepentingan Kemahiran Komunikasi Dari Segi Hubungan Insan ( Kemasyarakatan )
      Apabila berinteraksi dengan orang lain, kita perlu cuba menyelidiki mengapa seseorang memiliki tingkah laku yang tertentu. Misalnya kenapa Oshin, seorang wanita Jepun sering menundukkan kepalanya berkali-kali apabila bertemu dengan orang lain? Dengan memahami konteks yang betul tentang budaya bangsa Jepun, kita faham bahawa tunduk berkali-kali adalah tanda hormat kepada sesorang. demikian halnya apabila bangsa lain melihat Aminah, gadis Melayu yang merendahkan badannya apabila melintas di depan orang lain, maka timbul keraguan apakah minah sakit tulang belakang. pengetahuan yang cukup tentang 
Kesimpulan

   Komunikasi yang berkesan berlaku apabila mesej yang hendak disampaikan kepada penerima itu berjaya disampaikan dan difahami sepertimana yang dikhendaki. Oleh yang demikian, prestasi dan kualiti kehidupan seharian kita ditentukan melalui kualiti kemahiran kita berkomunikasi.

Sumber Rujukan:
2.https://prezi.com/sitwse9qvdd6/kemahiran
3.https://www.slideshare.net/izyanimasyuqi/bab-1-kemahiran-komunikasi
4. http://pembangunandiri1.blogspot.my/2012/12/kemahiran-komunikasi_26.html
5.http://pdgadisperantau.blogspot.my/2011/12/kemahiran-komunikasi-kepentingan.html



  


Sumber Rujukan:
1.http://serikandimuhibbah11.blogspot.my/2011/12/kemahiran-


































https://www.slideshare.net/izyanimasyuqi/bab-1-kemahiran-komunikasi














Konsep 5R

  Apakah itu 5R? 5R adalah singkatan kepada ‘rethink’ (fikir semula), ‘repair’ (baik pulih), ‘reuse’ (guna semula), ‘recycle’ (kitar semula)...