Kemahiran
generik merupakan satu kemahiran yang penting dan wajib diterapkan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kemahiran generik juga
dikenali sebagai kemahiran insaniah, modal insane, soft skills dan pelbagai
istilah lain mengikut negara.
DEFINISI KEMAHIRAN GENERIK
Kemahiran
generik adalah kemahiran umum, kualiti, kebolehan dan trait yang harus dikuasai oleh
seseorang untuk berjaya dalam pelajaran dan kerjaya mereka.
DEFINISI & KONSEP KOMUNIKASI
DEFINISI & KONSEP KOMUNIKASI
Guffey dan Almonte mentakrifkan maksud
komunikasi adalah pemindahan maklumat dan makna daripada satu pihak (pengantar)
kepada pihak yang lain (penerima). Menurut sarjana ini, dalam sesuatu proses
komunikasi akan melibatkan lima langkah,iaitu:
. Pengirim membentuk idea
. Pengirim mengekodkan idea
tersebut dalam satu mesej
. Mesej akan melalui saluran
komunikasi
. Maklum balas dihantar kepada
pengirim
APA ITU KOMUNIKASI?
Guffey dan Almonte (2010) yang mengatakan bahawa komunikasi adalah pemindahan maklumat dan makna daripada satu pihak (penghantar) kepada pihak yang lain (penerima).
KEMAHIRAN KOMUNIKASI
- Kemahiran untuk berhubung dengan orang lain.
- Aspek ini melibatkan penggunaan beberapa kemahiran seperti pendengaran yang aktif dan kawalan nada suara.
- Kemahiran ini dapat dilihat pada diri seseorang dalam sifat kepimpinannya dan bagaimana beliau membahagi-bahagikan tanggungjawab kepada orang bawahannya.
- Penguasaan terhadap kemahiran ini dapat menggambarkan sebaik mana seseorang itu berkomunikasi dengan seseorang.
- Penguasaan yang baik akan kemahiran ini dapat membantu memajukan kerjaya seseorang.
- Kemahiran ini dilihat dalam beberapa aspek kemahiran seperti:
. Kemahiran bukan lisan
. Kemahiran menyampaikan idea
. Kemahiran berinteraksi
MODEL-MODEL KOMUNIKASI
Model komunikasi dibentuk mengikut sesuatu bidang komunikasi dan berfungsi untuk menerangkan proses komunikasi berkaitan bidang tertentu.
Tiga kategori utama bagi model komunikasi iaitu:
Model Komunikasi Linear:
- Proses komunikasi adalah satu hala iaitu pengirim akan menghantar mesej kepada penerima.
- Penerima mesej hanya menerima mesej tanpa memberi maklum balas. Bising atau gangguan merupakan penyebab salah faham mesej antara pengirim dan penerima
Model Komunikasi Interaksional:
- Proses komunikasi dua hala antara peserta komunikasi.
- Pengirim dan penerima kedua-duanya menjalankan fungsi yang sama iaitu mengenkod, menterjemah dan mendekod mesej yang diterima.
- Elemen penting bagi model ini ialah maklum balas.
- Mereka saling bertindak balas dalam bentuk verbal, bukan verbal atau kedua-dua sekali.
- Mereka juga akan mengambil giliran menghantar mesej. Pengirim tidak boleh menjadi penerima sekaligus ketika berinteraksi.
Model Komunikasi Transaksional:
- Komunikasi ini memberi penekanan kepada pengiriman dan penerimaan mesej yang berlangsung secara berterusan dalam satu episod komunikasi.
- Semasa komunikasi,kedua-dua boleh menghantar mesej, menerima mesej atau membuat kedua-dua secara serentak.
- Medan pengalaman sepanjang masa serta mempengaruhi cara interaksi antara satu sama lain.
Bentuk2 Komunikasi
PENGGUNAAN LARAS BAHASA
HALANGAN2 DALAM KOMUNIKASI
•Persekitaran
•Sikap pendengar
•Sikap penerima
•Bahasa
•Maklumat Kurang Tepat dan Jelas
•Halangan organisasi
ASPEK KEBERKESANAN KOMUNIKASI
Kepentingan Kemahiran Komunikasi
Menguasai kemahiran komunikasi akan menjadikan seseorang itu lebih mudah mendapat kawan dan diterima dalam sesuatu masyarakat. Tentu ada alasannya mengapa kita perlu memahami dan menguasai tentang kepentingan hubungan insan. Aggaplah hubungan yang baik dengan orang lain sebagai satu perkara penting dalam kehidupan kita.Walau bagaimanapun, untuk menjalin hubungan baik dengan orang lain, kita perlu memiliki kemahiran komunikasi yang cukup berkesan. Selain daripada itu, kita juga perlu memahami beberapa prinsip asas psikologi yang dapat memberikan panduan bagi menjalin hubungan yang baik dengan orang lain.
Kepentingan Kemahiran Komunikasi Dari Segi Hubungan Insan ( Kemasyarakatan )
Apabila berinteraksi dengan orang lain, kita perlu cuba menyelidiki mengapa seseorang memiliki tingkah laku yang tertentu. Misalnya kenapa Oshin, seorang wanita Jepun sering menundukkan kepalanya berkali-kali apabila bertemu dengan orang lain? Dengan memahami konteks yang betul tentang budaya bangsa Jepun, kita faham bahawa tunduk berkali-kali adalah tanda hormat kepada sesorang. demikian halnya apabila bangsa lain melihat Aminah, gadis Melayu yang merendahkan badannya apabila melintas di depan orang lain, maka timbul keraguan apakah minah sakit tulang belakang. pengetahuan yang cukup tentang
Kesimpulan
Komunikasi yang berkesan berlaku apabila mesej yang hendak disampaikan kepada penerima itu berjaya disampaikan dan difahami sepertimana yang dikhendaki. Oleh yang demikian, prestasi dan kualiti kehidupan seharian kita ditentukan melalui kualiti kemahiran kita berkomunikasi.
Sumber Rujukan:
2.https://prezi.com/sitwse9qvdd6/kemahiran
3.https://www.slideshare.net/izyanimasyuqi/bab-1-kemahiran-komunikasi
4. http://pembangunandiri1.blogspot.my/2012/12/kemahiran-komunikasi_26.html
5.http://pdgadisperantau.blogspot.my/2011/12/kemahiran-komunikasi-kepentingan.html